RASUAH
: Ditakrifkan sebagai memberi sesuatu kepada orang-orang yang tertentu
dengan niat untuk mendapatkan sesuatu yang bukan menjadi haknya.
Memberi sesuatu itu samada dalam bentuk wang ringgit, harta benda,
jawatan, perkhidmatan, janji manis dan sebagainya. Ianya diberikan
kepada orang yang tertentu yang tidak layak menerimanya. Mungkin orang
yang diberi rasuah itu mempunyai gaji dan upah yang tertentu, lebih kaya
dan berjawatan dan bukan pula kaum keluarga si pemberi. Pemberian yang
diberi dengan niat agar suatu masa mendapat balasan dan imbalan yang
lebih besar dari orang-orang tertentu tadi. Sedangkan pada hakikat orang
lain yang sepatutnya memiliki hak itu.Perkataan rasuah berasal daripada perkataan Arab yang berbunyi al-risywah. Dalam Al-Quran rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga perbuatan jenayah lain seperti merompak, memeras ugut dan menipu. rasuah ataupun ‘corruption’ dalam Bahasa Inggeris, tidak diberi definisi yang khusus di dalam undang-undang Malaysia. Tetapi ditakrikan sebagai suapan.
Walau bagaimanapun ada beberapa definisi yang telah diberi oleh beberapa pihak yang pakar dalam bidang ini. Di dalam kamus Concise Law Dictionary. P. G. Osborne memberi definisi bribery and corruption sebagai perbuatan giving or offering any reward to any person to influence his conduct; or the receipt of such reward
John B. Saunders pula menulis dalam kamus ‘Mozley and Whiteleys Law Dictionary’ memberi definisi ‘corruption is the taking or giving of money for the performance or non-performance of a public duty’.
Rasuah dalam bahasa Latin: corruptio daripada kata kerja corrumpere = busuk, rosak, menggoyahkan, memutar balik, menyogok).
Menurut ‘Transparency International’ pula, rasuah ialah perilaku buruk di jabatan-jabatan atau pejabat-pejabat awam, termasuklah para politikus dan pegawai-pegawai, yang secara tidak wajar dan tidak sah/menurut undang-undang, mengayakan diri atau memperkaya kerabatnya (keluarga dan sahabat handai), dengan menyalahgunakan kuasa dan kepercayaan awam yang diberi kepada mereka.
Dari sudut undang-undang, perbuatan rasuah mencakupi: Melanggar undang-undang yang dikuatkuasakan, Penyalahgunaan harta Negara, yang akan merugikan Negara, serta memperkaya diri sendiri dan kaum kerabat.
Rasuah merupakan suatu jenayah atau kesalahan undang-undang dimana seseorang mendapat kebebasan, kontrak atau keistimewaan (favours) dari pihak berkuasa atau sesebuah syarikat selepas memberi wang, hadiah, keraian kepada pihak-pihak tersebut. Menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terdapat empat kesalahan rasuah yang utama:
- Meminta/Menerima Rasuah
- Menawar/Memberi Rasuah
- Membuat Tuntutan Palsu
- Menyalahguna Jawatan/Kedudukan
Indeks Persepsi Rasuah
Indeks ini ialah Indeks Persepsi Rasuah yang dikumpul dari ahli perniagaan atau bisnes yang memberi mata dengan skala 0 hingga 10 dengan 10 (bersih dari rasuah) dan 0 (kadar rasuah yang amat tinggi). Indeks ini telah dirangka oleh Transparency International satu badan antarabangsa yang menganalisa ketelusan serta kadar rasuah di peringkat sejagat.Antara negara-negara yang mempunyai kadar rasuah yang amat tinggi dan mendapat mata di antara 1.5 dan 2.0 dalam TI Corruption Perceptions Index 2004.
Politik wang
Politik wang ialah istilah rasuah bagi perlakuan mengunakan wang ringgit dalam pertandingan atau dalam mempengaruhi seseorang ahli atau perwakilan bagi meraih sokongan terhadap seseorang calon yang bertanding merebut jawatan yang dipertandingkan.Secara mudah adalah wang tunai diberikan kepada pengundi bagi mendorong mereka mengundi calon berkenaan. Selain wang, pemberian berbentuk hadiah, barangan seperti kain pelikat / kain batik, dan pemberian tender atau kontrak tertentu jika bertujuan mempengaruhi pengundi, juga digolongkan sebagai politik wang.
Punca Berlakunya Rasuah
Antara punca berlakunya rasuah ialah :
a) Kelemahan peribadi seperti kurang iman dan takwa.
Seseorang itu tahu bahawa rasuah dilarang oleh agama dan undang-undang, tetapi dilakukan juga dengan seribu satu alasan peribadi. Hal ini termasuk dalam teori “Technique of Neutralization” oleh Grisham Sykes dan David Matza. Mereka mengatakan, “ Lakukan rasuah secara rahsia asalkan tiada siapa yang tahu”. Sikap mahu hidup mewah, riak, menunjuk-nunjuk, tamak, ingin cepat kaya dan sebagainya adalah pendorong berlakunya rasuah bagi mereka yang lemah keperibadiannya.
b) Kelemahan kepimpinan dan pengurusan organisasi.
Kepimpinan yang lemah menyebabkan kurangnya penyeliaan, tiada pemantauan, lembap menjalankan tugas dan terbuka kepada penyelewengan khususnya rasuah.
c) Sosial dan budaya.
Masyarakat majmuk di Malaysia mengamalkan tradisi memberi hadiah dalam bentuk wang dan benda, sempena menyambut hari-hari kebesaran hari perayaan, majlis hari jadi, hari perkahwinan dan sebagainya. Hari yang baik ini memberi kesempatan kepada perasuah dan penerima rasuah melakukan rasuah sama ada diminta, disogok atau diumpan tanpa disedari.
d) Modenisasi.
Pembangunan sosial ekonomi yang tidak diseimbangkan dengan pembangunan kerohanian akan memudahkan terjadinya rasuah. Projek pembangunan bercambah seperti cendawan tumbuh. Pengaliran wang juga akan meningkat. Golongan yang terlibat juga mengambil kesempatan untuk mengaut untung sebanyak-banyaknya.
Perlumbaan moden memperlihatkan para kontraktor
berlumba-lumba mendapatkan tender. Mereka juga akan berusaha untuk
memenangi hati pegawai pengurusan atau pembuat keputusan. Rasuah
diberikan sebagai jalan pintas untuk mendapatkan tender, mempercepatkan
bayaran, melepaskan hukuman atau tindakan jika gagal atau lambat
menyiapkan projek dan sebagainya.
e) Politik.
Sesetengah ahli politik menggunakan kesempatan untuk berbakti kepada masyarakat dengan menerima dan memberi rasuah untuk mendapatkan kuasa, memenangi pemilihan jawatan politik, mengumpul kekayaan, menagih populariti dan sebagainya.

Kesan-Kesan Rasuah
Perbincangan mengenai rasuah adalah penting kerana kegiatan rasuah akan melumpuhkan fungsi perjalanan sesuatu organisasi. Dengan adanya kegiatan rasuah, tiada sesiapa akan dapat mengagak tindakan seseorang atau hasil daripada sesuatu rancangan untuk masa depan. Kemajuan sesebuah negara bergantung kepada cerdik pandai dan profesional yang ada. Kegiatan rasuah akan hanya menghakis kepercayaan orang awam terhadap cerdik pandai negara kita.
Selain itu pemerintahan menjadi lemah kerana setiap
kali rasuah berlaku, maka pemerintah kehilangan hasil atau tergelincir
daripada tindakan-tindakan yang sepatutnya. Umpamanya jika cuai terhadap
sesuatu yang telah ditentukan, maka pemberian rasuah telah menggantikan
wang cukai yang sepatutnya dikutip dan manfaatnya hanya dinikmati oleh
segelintir pemberi rasuah.
Kesan yang paling besar daripada gejala rasuah ini
ialah akan menyebabkan pentadbiran sesebuah negara menjadi kucar-kacir.
Akibatnya , ia menimbulkan masalah lain seperti kemerosotan ekonomi,
pengabaian kepentingan masyarakat dan sebagainya. Budaya rasuah juga
boleh menghancurkan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah negara.
seperti yang berlaku di Filipina yang mencatatkan sejarah kejatuhan
kerajaan presiden Marcos dari tampuk kepimpinan disebabkan amalan rasuah
yang tidak terbendung.
Langkah-Langkah Mencegah Rasuah
Langkah-Langkah Mencegah Rasuah
Antara Langkah Mencegah Rasuah Adalah Seperti Berikut :
• Memantapkan Iman Dan Mengukuhkan Jatidiri
Keimanan dan keperibadian yang tinggi adalah benteng yang paling ampuh untuk membenteras gejala rasuah. Apabila setiap individu bencikan rasuah sama ada rakyat biasa, pemimpin,peniaga, atau jentera kerajaan maka amalan rasuah dapat diatasi. Kekuatan Iman dan jati diri dapat menangkis habuan rasuah sekali pun tiada sesiapa tang tahu dan peluang terbuka luas di hadapan mata.
• Memasukkan Bahaya Rasuah Dalam Sistem Pendidikan
Benci kepada rasuah akan dapat dihayati dalam diri sekiranya diajar dan dididik sejak zaman persekolahan lagi. Generasi yang dididik benci rasuah akan membesar menjadi individu yang lebih bertanggungjawab, amanah, ikhlas. Sistem pendidikan hanya membentuk generasi akan datang yang bebas daripada rasuah.

• Meningkatkan Penguatkuasaan Undang-Undang dan Hukuman
Siasatan dan penguatkuasaan undang-undang perlu dipergiatkan lagi agar masyarakat sedar betapa bahaya dan serius masalah rasuah jika tidak dibenteras dan dibendung untuk keselamatan negara. Selain itu para pengamal rasuah akan berfikir banyak kali sebelum cuba melakukan rasuah lantaran hukuman berat yang bakal diterima.

• Memudahkan Urusan Menggunakan ICT
Prosedur diproses yang panjang, sukar dan lambat perlu diperkemaskan dan dipermudahkan dengan menggunakan kelebihan ICT. Penggunaan borang, proses temu duga dan seumpamanya perlu diringkaskan supaya tidak membebankan orang ramai khususnya para peniaga, kontraktor dan pelabur. Proses yang mudah dan telus dapat menghindari bahaya rasuah kerana tidak perlu disogok semata-mata untuk mempercepatkan proses.

Pandangan Islam Mengenai Rasuah
Budaya
rasuah ini sebenarnya telah dahulu disedari oleh Islam dan cara yang
terbaik bagi mengatasi dan mengawal budaya ini telah disediakan. Langkah
pertama yang tegas telah diutarakan oleh Islam iaitu terhadap
mengharamkan secara berkesan tanpa bertolak ansur dengan rasuah, seperti
sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh at-Tirmizi yang bermaksud :
“Penerima dan pemberi rasuah akan ditempat dalam api neraka”.
Perbuatan ini juga dikutuk dengan kerasnya oleh Allah SWT sebagaimana dinyatakan dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Ahmad yang bermaksud :
“Allah SWT melaknat orang yang memberi rasuah dan penerima rasuah serta orang yang memberikan jalan terhadap kedua-duanya”.
Berdasarkan dalil-dalil diatas jelas membuktikan Islam melarang perbuatan keji ini. Kutukan itu bukan sahaja terbatas kepada penerima malah pemberi dan sesiapa juga yang bersubahat melicinkan kegiatan rasuah ini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan